Print Options:

Resepi Kari Kepala Ikan (Tanpa Santan)

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan10 minitMasa Memasak20 minitJumlah Masa30 minit

Kari kepala ikan tanpa menggunakan santan. Resepi bagi mereka yang tidak suka atau alergik kepada santan atau mahu mencuba kari tanpa menggunakan santan.

 Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
 kacang bendi
 3 biji bawang merah (dihiris)
 2 ulas bawang putih (dihiris)
 1 inci halia (dihiris)
 1 tangkai daun kari
 tomato (dibelah 4)
 3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
 garam dan sedikit gula
 air asam jawa
1

Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi.

2

Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.

3

Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.

4

Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi.

5

Perasakan dengan garam dan gula.

6

Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.

7

Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.