Resepi Daging Goreng Berempah Kari

Resepi unik masakan daging goreng berempah serbuk kari yang sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi putih.

 300 g dagingdipotong dadu/kecil
 1 sudu besar serbuk kari cap orang terbang
 3 biji bawang putih
 1 biji bawang besardihiris kecil
 1 biji bawang hollanddihiris kecil
 3 batang kacang panjangdihiris kecil
 1 sudu teh gula
 2 sudu teh garam
 1 sudu besar serbuk kunyit
 1 ½ sudu besar minyak masakatau secukupnya
 2 biji ladadipotong kecil
 air secukupnya

1

Daging dipotong kecil dan diperapkan bersama garam, kunyit dan serbuk kari.

2

Perapkan daging dalam 30 minit.

3

Panaskan kuali dan masukkan daging kedalam kuali dan tambahkan air sedikit.

4

Gaul dan masak sehingga daging empuk. Tambahkaan air jika daging kurang empuk atau masih liat.

5

Masukkan minyak dan gaul sebati. Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan gaulkan sebati. Masukkan bawang holland dan lada yang dihiris tadi.

6

Boleh ditambah sedikit serbuk kari untuk menyedapkan dan membuatkan daging berempah.

7

Gaul dan masak sehingga sebati. Tambahkan sedikit gula dan garam sekucup rasa.

8

Angkat dan sedia dimakan bersama nasi putih.