Print Options:

Resepi Daging Bakar Sedap

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan15 minitMasa Memasak15 minitJumlah Masa30 minit

 Bawang putih 3-4 ulas - dicincang halus
 Serai 2 batang - dipotong dan ditumbuk sedikit
 Kicap pekat (manis) 3-4 sudu
 Sos tiram 1 sudu
 Sedikit lada hitam
 Sedikit garam
 Beberapa ketul daging saiz sederhana
1

Letakkan daging didalam bekas berpenutup untuk memudahkan disimpan semasa memerap daging

2

Taburkan bawang putih, serai, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan sedikit garam.

3

Gaulkan kesemua bahan agar menyaluti daging

4

Tutupkan bekas dan perap minimum 3 jam.

5

Selepas diperap, bolehlah dibakar daging tersebut di dalam kuali non stik.

6

Agak-agak daging sudah masak dan lembut, potong nipis dan dihidangkan bersama sambal pencicah.