Print Options:

Puding Buih Berlapis

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan15 minitMasa Memasak35 minitJumlah Masa50 minit

 4 biji putih telur gred A
 12 gm serbuk agar-agar
 1 liter air
 160 gm gula
 pewarna - ikut pilihan sendiri
 loyang 4 segi 8 x 8 inci
Bahan Untuk Kuah Kastard :
 1 cawan susu cair
 1 cawan air fruit koktel
 3 sudu besar tepung kastad
Cara Menyediakan Puding Buih Berlapis :
1

Pukul putih telur sehingga betul2 gebu – kalau terbalikkan bekas agak2 tidak jatuh.

2

Kemudian bahagikan putih telur yang gebu tadi kepada 4 bahagian.

3

Serbuk agar2, gula dan air dimasukkan dalam periuk dan dimasak sehingga mendidih.

4

Ambil 1 cawan adunan agar2 dan campurkan dengan 1 bahagian putih telur dan warnakan mengikut citarasa masing2.

5

Kacau perlahan sehingga semua warna sebati.

6

Tuangkan dalam loyang dan biarkan agak separa keras.

7

Ulangi langkah 4-6 dan lapiskan perlahan-lahan diatas agar-agar yg separa keras tadi. Buat sampai semua adunan habis.

8

Sejukkan dalam peti sejuk dan potong. Hidangkan.

Cara Menyediakan Kuah Kastard :
9

Gaulkan semua bahan sos kastard dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

10

Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

11

Hidangkan dengan fruit koktel sebagai hiasan.