Portugese Egg Tart

 5 biji kuning telur + 2 biji telur (dikacau terdahulu)
 2 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air (dikacau bersama)
 1 sudu esen vanila
 285g whipping cream
 120g gula kastor

1

Mula kita masukkan whipping cream dan gula dan dikacau atas dapur dgn api sederhana sehingga gula hancur.

2

Kemudian masukkan telur yang dikacau tadi sedikit demi sedikit

3

Selepas itu masukkan tepung jagung yang dicampur dgn air tadi.

4

Kemudian masukkan esen vanila dan kacau sehingga pekat.

5

Kemudian ketepikan.

6

Untuk pastry pula saya menggunakan puff pastry yang dah siap.

7

Uli bentuk bulat dan dimasukkan ke dalam loyang muffin dan dicucuk dgn garfu.

8

Kemudian masukkan kastard tadi 3/4 penuh.

9

Dan bakar suhu 200c atau mengikut oven masing-masing sehingga keperangan.