Print Options:

Pizza Sedap dan Gebu

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan25 minitMasa Memasak20 minitJumlah Masa45 minit

Roti Asas Pizza:
 2 ½ Cawan tepung high protein
 1 sudu makan yis kering
 2 – 3 sudu makan minyak zaitun
 2 sudu makan gula kastor 1 camca garam halus Sos Pizz
 1 cawan air suam
 1 labu bawang besar dipotong dadu
 2 ulas bawang putih dicincang halus
 1 tin kecil tomato puri
 1 sudu makan paprika
 1 sudu makan oregano
 1 sudu maka parsli
 1 sudu makan tepung gandum (untuk memekatkan kuah)
 2 sudu makan gula
 Sedikit garam
 500 gm daging cincang ( kalau tak bubuh pun tak apa – saya pun tak bubuh kerana di atasnya dah letak macam2)
 Minyak zaitun untuk menumis
Toping Pizza :- (ikut pilihan sendiri lah yer).
 Mozzarella yang sudah diparut –lagi banyak letak barulah nampak ‘bergetahnya’
 Keju Parmesan yang jenis serbuk
 Sosej yang dipotong kecil
 Cendawan butang yang dihiris nipis
 Capsicum hijau dan merah
Cara-cara Menyediakan Roti Asas Pizza:
1

Campurkan bahan-bahan kering di dalam satu bekas.

2

Gaul rata.

3

Masukkan air suam dan ulilah sehingga tak melekat di tangan.

4

Doh yang sudah licin menandakan ia sudah cukup diuli.

5

Perapkan sehingga naik 2 kali ganda.

6

Tutup mangkuk doh dengan tuala lembab.

7

Biarkan lebih kurang 45 minit.

8

Apabila doh dah cukup kembang buangkan udara nya semula dan canailah diloyang pizza .(Boleh dapat asas pizza sebanyak 2 keping dengan saiz loyang 24 inci….)

Cara-Cara Menyediakan Sos Pizza:
9

Tumis bawang putih dan besar dengan sedikit minyak zaitun. Masukkan tomato puree, paprika, oregano dan parsli…. Tumis lagi.

10

Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air jika perlu. Masukkan tepung gandum untuk pekatkan sos.

11

Bila sudah sejuk bolehlah dilepakan atas pizza. Dan taburkan bahan2 ikut suka.

Cara-cara Menyediakan Toping Pizza :
12

Lepakan sos pizza diatas doh yang telah dileperkan dan ratakan di atas permukaan doh.

13

Susun semua bahan2 toping di atas doh yang telah disapu sos pizza kemudian taburkan dengan keju parmesan dan mozzarella

14

Bakar dalam oven dengan kepanasan 160 c atau ikut kepanasan oven masing2.