Print Options:

Pizza Keju dan Cendawan

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan10 minitMasa Memasak35 minitJumlah Masa45 minit

BAHAN UNTUK KULIT :
 1/2 sudu teh yis segera
 130 ml air suam
 200 gm tepung gandum
 1/2 sudu makan gula pasir
 1 sudu makan mentega putih
 1/2 sudu teh garam
BAHAN UNTUK TOPPING :
 100 gm krim keju
 50 ml krim pekat
 1/4 sudu teh garam
 1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
 200 gm cendawan segar champignon dihiris nipis
 150 gm keju mozzarella diparut kasar
UNTUK MEMBUAT TOPPING :
1

Tumiskan cendawan dengan 1 sudu makan mentega sehingga layu..ketepikan

UNTUK MEMBUAT KRIM SAPUAN :
2

Pukul krim keju dan krim pekat dengan rata…masukkan garam serta lada hitam dan gaul hingga rata.

UNTUK MEMBUAT KULIT :
3

Kacau yis dengan air suam dan biarkan selama 5 minit.

4

Masukkan larutan yis,tepung gandum dan gula..uli sebati

5

Kemudian,masukkan mentega putih serta garam dan uli sehingga menjadi elastik.

6

Perapkan selama 1 jam hingga kembang

7

Selepas itu,bahagikan kepada 3 adunan,bentukkan membulat seperti bola dan biarkan selama 10 minit

8

Kemudian,canaikan ketiga tiga adunan tadi berbentuk bulat sehingga nipis..cucukkan dengan garfu

9

Sapukan setiap adunan tadi dengan krim sapuan tadi…dan taburkan cendawan dan keju mozzarella

10

Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 180 darjah celcius sehingga masak.

11

Siap untuk dihidang