Print Options:

Mee Goreng Mamak

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan10 minitMasa Memasak15 minitJumlah Masa25 minit

 8 ekor udang bersaiz sederhana
 2 ekor sotong bersaiz sederhana dipotong kecil
 2 ketul ayam -ambil bahagian isi sahaja
 4 ulas bawang putih
 1 biji telur
 2 biji kentang - dipotong kiub dan digoreng
 2 biji tauhu - dipotong kiub dan digoreng
 1 paket mee kuning
 1 biji tomato - dipotong kiub
 2 sudu makan cili boh
 2 sudu makan sos tomato
 sedikit sawi - dipotong kecil
 sedikit tauge
 minyak untuk menumis
 garam dan gula secukupnya
1

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau..

2

Masukkan isi udang,ayam dan sotong serta telur..

3

Kacau sehingga sebati..

4

Kemudian,masukkan pula cili boh,sos tomato,sawi,kentang,tauhu dan mee…

5

Kacau dan goreng lagi sehingga sebati…

6

Tambahkan dengan tauge serta tomato dan goreng lagi…

7

Masukkan serbuk perasa dan kacau untuk seketika lagi sebelum diangkat..

8

Sedia untuk dihidang…