Print Options:

Lala Masak Cili Api

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan10 minitMasa Memasak25 minitJumlah Masa35 minit

Lala atau juga dikenali sebagai siput retak seribu di utara Malaysia, merupakan nama sejenis moluska dwicangkerang yang boleh dimakan.

 1 kg lala
 1 batang serai diketuk
 bahan perasa (garam dan gula)
 sedikit air
 minyak untuk menumis
 daun sup atau daun ketumbar sebagai hiasan
BAHAN A (UNTUK DIMESIN) :
 2 biji bawang besar
 3 ulas bawang merah
 3 ulas bawang putih
 halia, sebesar ibu jari
 1 biji buah tomato
 3 biji cili merah
BAHAN B :
 2 sudu besar cili mesin
 3 sudu besar sos cili
 3 sudu besar sos tomato
 1 sudu besar sos tiram
1

Panaskan minyak di dalam kuali.

2

Masukkan bahan yang dimesin dan serai,tumiskan sehingga pecah minyak.

3

Tambah air jika perlu.

4

Kemudian masukkan pula bahan B,tambah air dalam 1 mangkuk untuk mendapatkan kuah..

5

Biar mendidih dan masukkan pula bahan perasa ( garam dan gula )..

6

Masukkan siput lala, kacau sedikit supaya sebati dengan kuah..

7

Tutup kuali sebentar…

8

Apabila siput sudah terbukak, kacau sedikit..

9

Siap untuk dihidang..