Kuih Kuba Guling

Kuih ini memang cukup terkenal di Kelantan dan juga selatan Thailand. Jika di Selatan Thailand, ia dikenali sebagai kuih hitam.

 250 g Tepung beras
 200 g Gula
 150 g Tepung jagung
 ½ sudu besar Kapur
 3 sudu besar Tepung Beras Pulut
 ½ cawan Santan Pekat
 1.50 l air
 Tempurung bakar(ambil air hitam sahaja dan tapis) pastikan tempurung yang bersih
 Secubit garam

1

Masukkan semua bahan atas dalam kuali.

2

Kacau biar sebati dahulu baru buka api.

3

Selepas semua sebati pastikan kacau dan buka api yg sederhana. Kacau-kacau sehingga ia likat.

4

Sediakan loyang saiz 8, sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap tadi.

5

Bila dah sejuk potong dan gulingkan ia dalam kelapa parut muda yang digaul sedikit garam. Sudah siap.

6

Tempurung bakar pastikan tumbuk & dan letak air tapis dgn kain. Optional boleh beli serbuk arang di kedai bakeri.