Print Options:

Kuih Dorayaki Kacang Merah

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan10 minitMasa Memasak10 minitJumlah Masa30 minit

Kuih dorayaki berinti kacang merah sedap dan senang dibuat

Bahan Dorayaki
 2 biji Telur
 80 g Gula Perang
 ½ sudu teh Madu
 ½ sudu teh Baking Soda
 50 ml air
 130 g tepung kek
 pes kacang merah
 mentega
Bahan Inti Kacang Merah
 250 g Kacang Merah
 1 l air masak
 120 g Gula
1

Masukkan tepung kek dan baking soda kedalam bekas dan ayak. Ketepikan

2

Masukkan telur bersama madu, gula perang, dan air kedalam bekas dan gaul/pukul sehingga sebati.

3

Campurkan bahan langkah 2 ke dalam bekas tepung tadi dan gaul sehingga sebati

Membuat Inti Kacang Merah
4

Masukkan semua bahan inti kacang merah ke dalam mesin pengisar (blender) dan kisar sehingga sebati

5

Masukkan bahan yang dikisar ke dalam kuali dengan api perlahan dan masak sehingga kering/masak

6

Inti yang siap dimasak

Cara Menyediakan Kuih Dorayaki Inti Kacang
7

Sapu kuali dengan mentega dan buah doh bulat-bulat dan goreng sehingga masak atas dan bawah terbalikkan.

8

Sapukan inti di atas dorayaki yang masak dan lekatkan satu lagi (dikapit bersama) untuk menjadikan dorayaki

9

Siap untuk dihidang bersama air minum. Selamat mencuba.