Print Options:

Kuih Boom Berbijan

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan5 minitMasa Memasak15 minitJumlah Masa20 minit

 100 gm ubi keledek - direbus dan dilecek
 120 gm tepung pulut
 20 gm tepung gandum
 35 gm gula kastor
 secubit garam
 100 ml air
 bijan yang mencukupinya – untuk salutan
BAHAN UNTUK INTI :
 200 gm kacang hijau tanpa kulit direndam semalaman
 180 gm gula
 2 sudu besar minyak masak
1

Campurkan kesemua bahan dan jadikan satu doh yang lembut.

2

Bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan menjadi bebola.

3

Leperkan setiap bebola, serta isikan dengan inti dan di tutup kembali.

4

Gulingkan di atas bijan..

5

Goreng dalam minyak panas sehingga masak.

Untuk membuat inti :
6

Selepas direndam semalaman ditoskan kemudian direbus.

7

Kacang yang direbus dimesin bersama minyak dan gula.

8

Biarkan sejuk dan digentel bulat-bulat untuk inti.