Print Options:

Kuih Akok Kedut

Hasil1 Hidangan

Kuih tradisional pantai timur terutamanya Negeri Kelantan. Sesuai dijamu seisi keluarga.

 8 biji telur itik
 2 biji telur ayam
 1 kg gula melaka
 2 cawan tepung gandum
 6 kuntum bunga cengkih
 2 helai daun pandan
 1 ½ biji kelapa
1

Telur dipukul sehingga kembang.

2

Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja.

3

Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung.

4

Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul.

5

Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis.

6

Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak.

7

Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah. Atau boleh diterbalikkan.