Best dimakan bersama rojak pasembor serta mi rojak..:)
Masukkan ubi keledek ke dalam periuk dan rebuskan hingga empuk.
Setelah lembut,masukkan ubi keledek ke dalam mesin pengisar serta air yang mencukupi dan kisarkan hingga lumat.
Kemudian, campurkan asam jawa dengan 75 ml air.
Tapis dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan serbuk cili.
Setelah itu,masukkan ubi keledek yang dikisar bersama air tadi. Kacau rata. Selepas itu, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka.
Masak lagi hingga terbit minyak.