Print Options:

Kek Span Belang Lembut

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan30 minitMasa Memasak35 minitJumlah Masa1 jam 5 minit

BAHAN A :
 3 biji telur kuning
 70 gm gula castur
 135 ml air
 45 ml minyak masak/jagong
 140 gm tepung naik sendiri(Blue key)Kalau guna tepung gandum bubuh baking powder 1 sudu teh n diayak
BAHAN B :
 6 biji putih telur
 70 gm gula castor
1

Masukkan kuning telur,air serta minyak ke dalam mesin pengadun dan pukul hingga berbuih dan putih.

2

Kemudian,masukkan pula gula castor dan pukul lagi hingga naik sekali ganda.

3

Masukkan tepung naik sendiri dan pukul lagi dengan kelajuan perlahan hingga semuanya sebati..ketepikan..

4

Dalam bekas berasingan,pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan tinggi sampai jadi kental dan bertanduk (maringue) – Pastikan bekas mesti kering ya masa buat ni n putih telur tu jgn sedikit pun ada kuningnya…

5

Masukkan adunan ni sedikit dlm adunan A tadi ( yg diketepikan ) secara kaup balik dan masukkan lagi yg bakinya dan kaup balik sehingga keseluruhannya sebati..

6

Bahagikan kepada 2-3 bahagian ( dalam bekas berasingan ) dan letakkan pewarna kesukaan anda.

7

Sediakan loyang 8 inci dan sapukan majerin bahagian tepi dan permukaannya serta alas dengan kertas minyak ( Sapukan juga majerin tu pada kertas minyak )

8

Masukkan adunan selang seli ikut citarasa n bakar menggunakan kaedah double boil pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam atau hingga masak.. -> pada permulaannya,gunakan api atas dan bwh ( ketuhar )… ->pada 10 minit terakhir gunakan api bawah sahaja dan turunkan suhu pada 150-160 darjah celcius..

9

Bila dah masak biarkan sebentar dalam ketuhar selama 10minit pastu kuarkan dan biar sejuk, terbalikkan.