Print Options:

Kek Koko Marble Horlick

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan15 minitMasa Memasak1 jamJumlah Masa1 jam 15 minit

 250gm butter/majerin
 180 gm gula halus
 4 biji telur gred A
 250 tepung gandum
 100 gm horlick
 50gm susu cair
 1 sudu kfc baking powder
 2 sudu makan koko
 2 sudu makan Horlicks
1

Pukul marjerin dan gula halus hingga kembang dan gebu.

2

Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.

3

Kemudian,masukkan tepung gandum serta baking powder dan susu cair dan putar lagi.

4

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian

5

Satu warna yang asal dan satu lagi ( dicampurkan koko dan gaul sebati )

6

Sediakan loyang 8 inci sapukan majerin dan alas kertas.

7

Ambil satu senduk adunan horlick dan letak dalam acuan, di tepinya. Ambil satu senduk lagi, letak dalam acuan tapi di tengah-tengah. Ambil satu senduk lagi, letak di tepi bertentangan. Buat begitu hingga ada sembilan timbunan adunan semuanya di dasar acuan.

8

Di antara rongga tersebut, letakkan adunan coklat tetapi setengah senduk sahaja setiap satu.

9

Ulangi semua langkah ini berselang-seli hingga kedua-dua adunan habis. Ambil lidi dan lorekkan ke serata bahagian.

10

Masukkan adunan berselang seli hingga habis dan lorekkan dengan lidi mengikut kekreativiti masing2.

11

Bakar pada suhu 150-180 darjah selama 45 minit-1 jam hingga masak