Print Options:

Kek Gulung Keladi

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan5 minitMasa Memasak35 minitJumlah Masa40 minit

BAHAN UNTUK KEK :
 100 gm tepung gandum
 50 gm gula pasir
 50 gm minyak masak
 50 gm keladi pontianak dikisar halus
 25 gm santan pekat segera
 40 ml air
 2 titik pewarna merah muda
 1 titik pewarna ungu
 4 biji kuning telur
 4 biji putih telur
 1/2 sudu teh garam
 1/2 sudu teh krim tartar
BAHAN UNTUK INTI :
 100 gm keladi pontianak dikukus dan dilecek
 50 gm santan pekat segera
 100 ml air
 1/4 sudu teh garam
 20 gm tepung jagung
 60 gm gula pasir
 3 titik pewarna ungu
 1 titik pewarna merah muda
UNTUK MEMBUAT KEK :
1

Keladi dikisar halus bersama santan,air,pewarna merah muda dan pewarna ungu…BAHAN A...

2

Kemudian,masukkan minyak masak bersama BAHAN A dan kacau hingga rata…

3

Ayak tepung gandum dan masukkan gula pasir dan kacau rata..BAHAN B…

4

Tuangkan BAHAN A sedikit demi sedikit ke dalam BAHAN B serta kuning telur dan kacau hingga rata…ketepikan..BAHAN C

5

Pukul putih telur,garam dan krim tartar sehingga setengah kembang….

6

Kemudian masukkan pula gula pasir sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kembang…

7

Tuangkan sedikit demi sedikit bersama bahan yang diketepikan (BAHAN C) sambil dipukul perlahan..

8

Selepas itu,tuangkan ke dalam loyang bersaiz 30cmx25cmx3cm yang telah dialas dengan kertas kalis minyak tanpa disapu mentega…

9

Masukkan adunan dalam ketuhar dan bakar selama 20 minit dengan suhu 190 darjah celcius sehingga masak..

UNTUK MEMBUAT INTI :
10

Masak BAHAN MEMBUAT INTI dalam kuali tanpa minyak sambil dikacau…sejukkan..

11

Selepas itu,sapukan pada kek..gulungkan serta padatkan…

12

Kemudian,boleh lah dipotong dan siap untuk dihidang..