Panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
Masukkan bahan tumbuk dan kacau seketika sehingga kekuningan
Masukkan pes kari, kacau sehingga pecah minyak dan garing, tambahkan sedikit air jika terlalu kering di peringkat permulaan.
Teruskan mengacau sehingga pecah minyak dan tidak hangit
Masukkan ayam dan kacau sehingga 2-3 minit
Masukkan kentang, santan cair, asam keping dan kerisik
Masak sehingga ubi kentang empuk dan ayam betul-betul masak.
Masukkan santan pekat, keluarkan asam keping sekiranya rasa masam padah kuah sudah mencukupi.
Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya,