Print Options:

Kailan Ikan Masin ala Thai

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan3 minitMasa Memasak3 minitJumlah Masa8 minit

Resepi kailan ikan masin ala thai. Sedap dimakan bersama nasi putih panas.

 2 ikat Kailan
 24 cm ikan masin (ikan tenggiri)
 2 biji bawang merah
 2 biji bawang putih
 2 biji cili api (tumbuk atau titik)
 2 sudu besar sos tiram
 1 sudu besar sos ikan Thai
 2 sudu besar sos tiram
 Minyak bijan
1

Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda.

2

Potong halus bawang putih dan bawang merah

3

Bersihkan ikan masin dan potong kecil-kecil / tumbuk kecil-kecil.

4

Gorengkan ikan masin di dalam minyak panas sehingga garing.

5

Masukkan bawang dan goreng atau tumis bawang sehinnga layu

6

Masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati

7

Masukkan sos ikan dan kacau sehingga sebati

8

Kecilkan sedikit api. Masukkan sayur kailan dan kacau sebati. Jika nampak kering sila masukkan sedikit air.

9

Jangan masak terlalu lama kerana akan menyebabkan kailan layu danmengecut.

10

Selamat mencuba