Jala Mas

Kuih tradisional ini adalah terkenal di Negeri Terengganu dan Kelantan. Proses penyediaan agak mencabar dan memerlukan kesabaran bagi yg baru bermula.
Selamat mencuba!

 20 biji telur itik - ambil telur kuning sahaja
 1 kg gula pasir
 500ml air
 2 helai daun pandan - disimpul
 Air secukupnya - untuk mendidih
Peralatan Yang Diperlukan :
 Acuan roti jala berlubang satu
 Penyepit (Chopstick)
 Kain penapis
 Penapis
 Kuali

1

Untuk menyediakan air gula, satukan gula pasir, daun pandan dan air di dalam kuali dan didihkan sehingga berbuih banyak. Selepas itu buangkan daun pandan. Biarkan mendidih.

2

Untuk membuat jala emas pula, masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala dan kiraikan di atas air gula yang sedang mendidih.

3

Dengan menggunakan penyepit, angkat jala dan jirus sedikit air panas dan kemudiannya masukkan ke dalam penapis.

4

Ulangi proses sehingga kuning telur habis.

5

Jika air gula terlalu pekat, bolehlah ditambah sedikit air panas.

6

Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.