Tumbuk 3 ulas bawang merah bersama sedikit garam untuk diperapkan bersama ikan kembung selama 5 minit
Kemudian,kisarkan 5 ulas bawang merah bersama halia.
Masak santan di dalam kuali sampai mendidih dan kacau jangan sampai santan tersebut berketul.
Masukkan bahan yang dikisar dan kacau. Selepas itu masukkan air asam jawa, bahan perasa secukupnya.
Bila semuanya sebati, masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah percik tersebut.
Bakar ikan kembung tadi sampai masak.
Selepas itu curahkan kuah percik ke atas ikan dan bakar kembali ikan tersebut.
Siap untuk dihidang.