Sape org Temerloh?? cukup sinonim resepi ni di tempat anda bukan??jom layaaannn….:)
Masukkan cili merah, cili padi dan kunyit hidup ke dalam lesung batu dan tumbuk sehingga separa lumat.
Kemudian setelah separa lumat, masukkan tempoyak dan digaul sebati bersama. Ketepikan.
Panaskan air dalam periuk dan masukkan ikan dan kesemua bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk.
Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak sekejap sahaja sehingga daun kesum layu dan bolehlah tutup api.
Siap untuk dihidang..:)