Merupakan salah satu resepi yang terkenal di negeri Kelantan Darul Naim..
Selamat Mencuba!!
Masukkan ikan tongkol yang telah dipotong beberapa bahagian ke dalam periuk bersama air,garam serta asam gelugor dan rebuskan. Angkat dan toskan.
Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama santan dan masak dengan api yang sederhana hingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula.
Masak sehingga pecah minyak dan pastikan anda mengacau bahagian atas sahaja untuk mengelakkan ikan hancur.Kacau perlahan2..
Masukkan pula lada hijau kelantan dan biarkan mendidih.
Tutup api dan sedia dihidang.