Print Options:

Cucur Udang

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan5 minitMasa Memasak10 minitJumlah Masa15 minit

 1/2 kg tepung gandum
 Yis kering (1/2 paket sahaja)
 1 sudu teh soda bikarbonat
 Daun bawang / Kucai
 Udang (saiz mengikut citarasa)
 Air secukupnya
 Sedikit gula dan garam
 Minyak untuk menggoreng
1

Bancuh yis dalam mangkuk beserta sedikit gula dan tunggu sehingga kembang.

2

Sementara itu sediakan tepung dan bancuh bersama air,tambahkan garam secukup rasa.

3

Kemudian,masukkan yis yang telah dibancuh tadi ke dalam adunan tepung beserta soda bikarbonat.

4

Potong kucai / daun bawang dan masukkan bersama ke dalam adunan serta gaulkan rata.

5

Biarkan adunan selama 30 minit sehingga adunan kembang sekali ganda.

6

Panaskan minyak dalam kuali.

7

Masukkan adunan dalam senduk ( dirata dengan minyak terlebih dahulu untuk mengelakkan adunan melekat pada senduk dan diletakkan 1 ekor udang ( terpulang pd masing2 )..

8

Goreng hingga kuning keemasan..

9

Boleh dipotong 4 bahagian dan dihidang bersama sos cili..