Print Options:

Crispy Potato Sandwich

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan25 minitMasa Memasak15 minitJumlah Masa40 minit

 Roti - dibelah dua serong
 2 biji Kentang - dikopek kulit dan direbus sehingga empuk
 1 s/k serbuk Lada Hitam - gunakan lada hitam biji dan dikisar menjadi serbuk
 1 s/k serbuk Jintan Manis - gunakan jintan manis biji dan dikisar menjadi serbuk
 1 biji Lada Merah - dihiris halus atau pun dicincang
 1/2 biji Limau nipis atau secukup rasa - ambil jusnya sahaja
 Daun Ketumbar - dipotong-potong (tidak terlalu halus)
 Perasa 'cukup rasa' maggie secukupnya - mai tidak menggunakan garam
 Butter secukupnya untuk memasak
 Bijan secukupnya
 Sos tomato secukupnya
1

Lenyekkan kentang dan masukkan lada hitam, jintan manis, serbuk perasa, lada merah,daun ketumbar dan jus limau nipis(perahkan sedikit dahulu dan rasa, jangan terlalu masam). Gaul rata dan sesuaikan rasa.

2

Sapukan sebelah kepingan roti dengan sos tomato (seperti digambar) dan sapukan dengan adunan kentang tadi, seterusnya aburkan bijan secukupnya.

3

Panaskan kuali dengan api kecil dan letakkan sedikit butter bersama roti tersebut, biarkan seketika sehingga dibahagian bawah roti tersebut garing.

4

Letakkan sedikit butter di atas setiap roti (seperti digambar) dan terbalikkan roti tersebut. Biarkan seketika sehingga di bahagian kentang tersebut garing sebelum diangkat dan dihidangkan