Print Options:

Bebola Kentang Keju

Hasil1 Hidangan

 100 gm serbuk ubi kentang
 50 gm keju mozarella
 100 gm serbuk roti | roti potong yang dikeringkan dan dihancurkan
 1 biji telur
 1/2 sudu teh garam
 Sedikit minyak
1

Tuangkan air dalam serbuk kentang. Jadikan ia seketul doh.

2

Leperkan doh tersebut. Kemudian, letakkan keju di tengahnya.

3

Gulung dan jadikan bentuk silender, selepas itu celupkan dalam telur yang telah dipukul.

4

Celup dalam serbuk roti.

5

Goreng dalam minyak selama 3 hingga 4 minit sehingga kuning.

6

Angkat dan hidangkan.