Print Options:

Bahulu Nenas Gulung

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan20 minitMasa Memasak15 minitJumlah Masa35 minit

Bahan untuk inti
 1 biji nenas saiz besar - diparut dan ditoskan airnya
 2 sudu besar marjerin
 Gula secukupnya
 Sedikit pewarna kuning
Bahan untuk bahulu
 3 biji telur - gred A
 90 gram gula halus
 100 gram tepung gandum - diayak
 1/2 sudu kecil serbuk penaik - diayak
 1/2 sudu teh esen vanilla
Cara Menyediakan Inti
1

Masak parutan nenas tadi bersama gula dan pewarna kuning. Rasakan manis yang dikehendaki.

2

Agak-agak hampir masak inti tadi tambahkan dengan margerin biar berkilat.

3

Kacau sebati, angkat setelah inti masak. Inti hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum di sapu pada bahulu.

Cara Menyediakan Bahulu
4

Pukul telur dan gula sehingga kembang.

5

Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.

6

Masukkan bahan-bahan yang diayak dan gaul sebati.

7

Lenserkan kertas minyak yang di alas atas dulang pembakar saiz empat segi dengan marjerin.

8

Tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180'C selama 15 minit pada api atas sahaja atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing2.

9

Setelah masak keluarkan bahulu dari acuan. Sejukkan sebentar dan sapu jem nenas secara merata.

10

Gulung dengan lembut dan kemas.

11

Potong bahulu sebelum dihidang.