Print Options:

Ayam Serai Wangi

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan5 minitMasa Memasak25 minitJumlah Masa30 minit

 1/2 kg ayam dipotong kecil
 3 sudu besar cili boh
 1 cawan susu sejat
 2 helai daun limau purut
 1 sudu kecil serbuk kunyit
 minyak untuk menumis
 bahan perasa
BAHAN UNTUK DITUMBUK :
 5 ulas bawang merah
 3 ulas bawang putih
 2 batang serai
 3 biji buah keras
1

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk

2

Kemudian,masukkan cili boh dan tumiskan lagi sehingga naik bau.

3

Selepas itu,masukkan serbuk kunyit serta ayam..gaul hingga sebati.

4

Apabila ayam mulai masak,masukkan daun limau purut serta susu sejat..kacau perlahan lahan.

5

Akhir sekali,masukkan bahan perasa dan masak sehingga kuah menjadi pekat

6

Siap untuk dihidang