Print Options:

Apam Lenggang

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan10 minitMasa Memasak20 minitJumlah Masa30 minit

 1 1/2 cawan tepung beras
 1/2 cawan tepung gandum
 1 1/2 sudu kecil yis
 7-8 sudu besar gula
 1 cawan air
 1 cawan santan pekat
 1 biji telur
1

Campurkan semua bahan kecuali santan.

2

Gaul rata dan perap selama 2-3 jam.

3

Masukkan santan dan gaul lagi.

4

Panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali. Jika menggunakan non stick pan tak perlu gris minyak pada pan.

5

Ambil 1 senduk adunan, tuangkan dalam kuali, dan lenggangkan mengikut saiz yang dikehendaki.

6

Masak dengan api yang perlahan.

7

Bila warnanya kekuningan boleh lah digulung atau dilipat dua.

8

Siap untuk dihidang bersama sambal ikan bilis/kari ayam atau makan begitu sahaja.:)