Udang Goreng Nestum
Udang Goreng Nestum

Udang Goreng Nestum

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

0.0
  • Sediaan: 20 mins
  • Memasak: 25 mins
  • 20 mins

    25 mins

    45 mins

Bahan-Bahan

1/2 kg udang saiz sederhana

3 sudu besar mentega

1 tangkai daun kari

2 biji cili padi hijau dan 2 biji cili padi merah - dipotong nipis

2 biji telur putih gred A

2 kiub pati ayam KNORR - dihancurkan

100 gm nestum

garam dan gula secukupnya

sedikit serbuk lada sulah

minyak untuk menggoreng

Kaedah Penyediaan

Udang yang telah dibersihkan dimasukkan garam serta sedikit serbuk lada sulah dan telur putih..gaulkan sehingga sebati.

Panaskan minyak dan goreng sehingga udang menjadi keemasan.Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak yang berlainan dan masukkan mentega.

Kemudian,masukkan cili padi,daun kari,kiub pati ayam,nestum serta bahan perasa.

Gaulkan sehingga menjadi sebati.

Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga sebati.

Siap untuk dihidang.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.