Udang Celup Tepung Ala Thai

By Resepi Mudah      

Mei 17, 2017

Resepi udang celup tepung yang mudah dan sedap dimakan sebagai snek minum petang bersama seisi keluarga.

  • Prep: 10 mins
  • Cook: 20 mins

Ingredients

20 - 30 ekor udang

80 gram tepung gandum

100 ml air

1 sudu kecil baking powder

sedikit garam

sedikit kunyit utl warnakan kuning)

Directions

1Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.

2Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.

3Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.

4Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.

5Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.

6Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).

7Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.

8Bahagian ekor tidak perlu disalut tepung.

9Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.

10Angkat dan toskan.

11Hidangkan bersama sos pencicah yg anda suka. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.

Tips :
Pastikan udang betul2 kering bagi mengelakkan dari minyak meletup yer....
Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat.

Sumber: denaihati network

00:00

Facebook Comments

Default Comments

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *