talamubikayu
talamubikayu

Tepung Talam Ubi Kayu

avatarOleh Resepi Mudah    ,   

April 16, 2015

Merupakan salah satu kuih tradisional yang terkenal terutama pada musim bulan Ramadhan..
Selamat Mencuba..

  • Prep: 10 mins
  • Cook: 30 mins

Bahan-Bahan

LAPISAN BAWAH :

700 gm ubi kayu (parut, timbang dan sejatkan air selama 15 minit )

100 ml santan pekat

300 ml air

250 gm gula castor

sedikit pewarna kuning

LAPISAN ATAS :

100 gm tepung beras

50 gm tepung ubi

50 gm tepung gandum

2 sudu teh garam

300 ml santan pekat

800 ml air

Cara-cara Menyediakan

LAPISAN BAWAH :

1Satukan kesemua bahan-bahan kedalam kuali dan kacau rata.

2Masak semua bahan-bahan sehinga pekat.

3Sediakan loyang dan lapiskan loyang dengan plastik untuk memudahkan adunan dikeluarkan dari loyang.

4Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.

LAPISAN ATAS :

1Bancuh semua bahan-bahan dan sebatikan ia.

2Tapis ke dalam kuali dan masak sehingga naik wap.

3Kemudian,tuang ke atas lapisan bawah tadi yang telah dikukus.

4Kukuskan lagi selama 30 minit.

5Siap untuk dipotonh dan dihidang.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *