Telur Bistik
Telur Bistik

Telur Bistik

avatarOleh Resepi Mudah    ,   ,

Oktober 29, 2014

0.0 0
  • Sediaan: 5 mins
  • Memasak: 15 mins
  • 5 mins

    15 mins

    20 mins

Full-screen

Bahan-Bahan

2 biji telur

1/2 daging / ayam dicincang halus

sedikit garam

serbuk lada putih

SOS BISTIK :

sedikit minyak

sedikit gula

1 ulas bawang merah- dimayang

2 ulas bawang putih- di mayang

sedikit halia-dihiris nipis

sos tomato

sos cili

sos tiram

lobak merah dipotong halus

1/2 buah tomato-dipotong dadu

1 biji lada merah-dipotong serong

bahan perasa (garam,gula)

sedikit air

Kaedah Penyediaan

Pecahkan 2 biji telur kedalam mangkuk,masukkan 1/2 daging / ayam cincang,sedikit garam dan sedikit serbuk lada sulah. Kemudian goreng hingga betul2 masak.

SOS BISTIK :

Panaskan kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sedikit garam dan gula. Biarkan hingga mendidih.

Kemudian masukkan pula hirisan lobak merah, hirisan cili merah, hirisan halia dan buah tomato yang dipotong dadu dan kacau lagi hingga sebati.

Bila dah masak boleh tuangkan ke atas telur yang telah digoreng tadi..Siap utk dihidang..

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.