Sotong Celup Tepung

PenulisresepimudahKategoriMasakan, Kaedah MasakanKesukaranPermulaan

Assalamualaikum..
Keinginan untuk makan sotong celup tepung membuak2…nasib baik semasa pulang ke kampung menghadiri pertunangan adikku, kami sekeluarga ke Pantai Teluk Kemang yang terletak di kawasan airport Terengganu untuk melepaskan keinginan ini…hehehe…

Sotong celup tepung adalah makanan yang favourite yang biasanya dijual di kawasan peranginan pantai di negeri pantai timur serta di negeri2 lain.kerangupan tepung serta kemanian rasa sotong dicicah bersama sos cili menambahkan lagi aromanya..hehehe..tertelan air liurku ini…

Apa kata kita cuba sendiri ye dirumah..Selamat mencuba!

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan15 minitMasa Memasak5 minitJumlah Masa20 minit
 1/2 kg sotong potong bulat - basuh dan toskan
 1 biji telur
 minyak masak secukupnya
Bahan B :
 2 sudu besar tepung beras
 2 sudu besar tepung beras
 2 sudu besar tepung Kentucky
 2 sudu besar tepung gandum
 1 sudu teh serbuk lada hitam/lada sulah
 garam secukupnya
1

Panaskan minyak masak dalam kuali.

2

Masukkan sotong yang telah dibersihkan serta ditoskan sehingga kering ke dalam telur dan digaulkan sehingga sebati. Ketepikan.

3

Kemudian, gaulkan kesemua bahan B sehingga betul2 sebati.

4

Sotong yang telah digaul dengan telur dimasukkan ke dalam bahan B dan digaul sehingga mesra.

5

Masukkan sotong ke dalam kuali dalam kuantiti yang sedikit2 - jgn goreng banyak sekaligus yer.. Goreng sehingga sotong masak - sekejap je jangan lama2 nanti sotong jadi keras tau..

6

Angkat dan toskan. Sediakan bersama sos cili.

Bahan-bahan

Cara-cara

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *