Sambal Belimbing Buluh

Sambal Belimbing Buluh

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

Sambal Belimbing Buluh 0 5 0

Jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

  • Prep: 35 mins
  • Cook: 45 mins
  • 35 mins

    45 mins

    1 hr 20 mins

Sambal Belimbing Buluh

Cara-cara Menyediakan

1Masukkan belimbing buluh dalam periuk tanpa air dan renehkan dengan api yang kecil sehingga belimbing buluh mengeluarkan airnya sendiri dan mengecut.

2Pastikan anda teruskan mengacau setiap 2 minit sehingga air belimbing kering dan belimbing bertukar menjadi warna gelap.

3Kemudian,tumbukkan cili padi,3 ulas bawang merah (3 ulas lagi dihiris nipis), ikan bilis,belimbing buluh sehingga separa lumat.

4Panaskan minyak masak dalam kuali.

5Tumiskan bawang yang dihiris (3 ulas lagi dihiris nipis) sehingga wangi.

6Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi sekaligus dan tumislah sehingga bahan2 tersebut nampak agak kering dan garing.

7Kemudian,tambahkan kicap manis,kicap masin, garam serta gula secukup rasa.

8Biarkan sambal kering sedikit seperti serunding. Bila dah garing tutupkan api dan sejatkan dengan menggunakan penapis santan untuk toskan minyak.

9Sambal ini boleh disimpan lama dan boleh buat banyak2 untuk simpan stok.

Bahan-Bahan

1/2 kg cawan belimbing buluh segar

1/2 kg cawan cili padi - ikut kepedasan masing2

2 cawan ikan bilis yang telah dikopek

6 ulas bawang merah ( 3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis )

2 sudu besar kicap manis

2 sudu besar kicap masin

garam & gula secukup rasa

1 cawan minyak masak

00:00

0 Reviews

All fields are required to submit a review.

Facebook

Twitter