Resepi Nasi Beriani Kurma Daging

By Resepi Mudah    

Mei 10, 2017

Sumber resepi : Instagram Resepi Malaysia

  • Prep: 20 mins
  • Cook: 1 hr

Ingredients

4 cawan beras basmati (dibersihkan & ditoskan)

4 cawan air

¾ tin susu cair

600 gm daging

1 sudu besar rempah kurma

1 sudu kecil serbuk jintan manis

2 sudu kecil serbuk kas-kas

100 gm kacang gajus (dikisar halus)

¼ tin susu cair (disatukan untuk membuat tairu)

2 sudu besar jus limau nipis (disatukan untuk membuat tairu)

3 sudu besar minyak masak

3 sudu besar minyak sapi / marjerin

2 helai daun pandan

Garam & gula secukup rasa Bahan Kisar:

6 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

Bahan Tumis

5 ulas bawang merah (dimayang)

3 ulas bawang putih (dimayang)

2 cm halia (dimayang)

1 tangkai daun kari

3 cm kulit kayu manis

5 kuntum bunga cengkih

5 kuntum bunga lawang

½ sudu kecil jintan manis

3 biji buah pelaga

Directions

1Daging dipotong lebar setebal 2 cm, dibersihkan & ditoskan.

2Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan bahan tumis.

3Bila bawang kekuningan, masukkan Bahan Kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas & kacang gajus.

4Kacau hingga rata & biarkan hingga daging empuk & rempah pecah minyak.

5Tuangkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam & gula.

6Bila mendidih, masukkan beras dan kacau hingga rata. Bila air kering, kecilkan api & tutup periuk & biarkan hingga nasi masak.

7Gembur supaya nasi tidak berketul. Sebelum menghidang, tabur bawang goreng, daun sup & daun bawang yang dipotong halus ke atas nasi.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *