Rendang Ayam
Rendang Ayam

Rendang Ayam

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

0.0 0
  • Sediaan: 20 mins
  • Memasak: 20 mins
  • 20 mins

    20 mins

    40 mins

Bahan-Bahan

1 ekor ayam - dipotong kecil

250 ml santan pekat

500 ml air

5-6 sudu besar cili boh/cili kisar + 2 paket kecil rempah kari daging/ayam - dibancuh dengan 2 cawan air

2 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

2 batang kulit kayu manis

3 helai daun kunyit - dihiris halus

3 sudu besar kerisik

bahan perasa secukupnya

serbuk kunyit secukupnya

BAHAN DIKISAR :

4 batang serai

6 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

Kaedah Penyediaan

Gaulkan ayam yang telah dibersihkan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga ayam separuh masak.Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau.

Masukkan pula kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan tumiskan hingga garing dan wangi.

Kemudian,masukkan ( cili boh + rempah kari + 2 cawan air ),santan serta bahan perasa secukupnya.Masak sehingga pecah minyak.

Masukkan pula ayam dan biarkan ianya masak seketika.

Akhir sekali,masukkan kerisik serta taburkan hirisan daun kunyit.

Siap untuk dihidang.

00:00

0 Reviews


× 6 = thirty six

All fields and a star-rating are required to submit a review.