Puding Sagu Pelangi

Oleh Resepi Mudah      

Mei 17, 2017

Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer 1-2 minit suhu max. Supaya puding cepat membeku.

Sumber : FB Resepi Puding Sedap

  • Prep: 15 mins
  • Cook: 40 mins

Bahan-Bahan

1 cawan biji sagu putih

1 liter air

20gm serbuk agar-agar

11/2 cawan gula pasir

3 helai daun pandan

1 tin susu cair - 400ml, boleh guna santan

3 jenis pewarna kegemaran

Cara-cara Menyediakan

1Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih. Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir untuk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.

2Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.

3Dalam sebuah periuk yang lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.

4Masukkan susu cair.Kemudian tutup api. Cedok 200ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.

5Cedok 200ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi.

6Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.

7Ulangi beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sagu digunakan. Sejukkan di dalam peti ais.

8NOTA:

9Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer 1-2 minit suhu max. Supaya puding cepat membeku.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *