Puding Roti
Puding Roti

Puding Roti

avatarOleh Resepi Mudah      

April 15, 2015

  • Prep: 20 mins
  • Cook: 45 mins

Bahan-Bahan

2 cawan susu segar

2 sudu besar mentega

1 sudu besar tepung kastard

3 biji telur

2 sudu teh esen vanila

50 gm gula pasir

secubit serbuk cinnamon/serbuk kulit kayu manis

roti yang dipotong kecil - guna roti gardenia original

sedikit kismis

Cara-cara Menyediakan

1Masukkan susu segar dalam periuk dan panaskan tapi jangan sampai mendidih-agak2 suam jer….Matikan api.

2Masukkan mentega serta tepung kastard dalam susu dan gaulkan sebati.

3Dalam mangkuk berasingan,pecahkan telur dan kacau hingga kembang.

4Kemudian masukkan esen vanila,gula serta serbuk cinnamon ke dalam adunan telur tadi..kacau hingga sebati.

5Setelah itu,campurkan adunan no 4 ke dalam adunan no 2…kacau lagi hingga sebati.

6Susunkan roti yang dipotong kecil ke dalam loyang. Taburkan kismis.

7Tuangkan adunan no 5 keatas roti tadi.Buatlah lapisan roti lagi dan tuangkan adunan sekali lagi..Buat 2 lapisan.

8Masukkan dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit.

9Selamat mencuba!

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *