Puding-Roti-Karamel-Lapis-Coklat
Puding-Roti-Karamel-Lapis-Coklat

Puding Roti Karamel Lapis Coklat

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

0.0 0
  • Sediaan: 15 mins
  • Memasak: 20 mins
  • 15 mins

    20 mins

    35 mins

Bahan-Bahan

3 sudu besar gula (dijadikan karamel)

3 biji telur (saya guna gred AA) – dipukul lembut dan ditapis

7 keping roti gardenia – dicarik-carik

1 tin susu cair

1 cawan susu pekat manis

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar serbuk koko

1 sudu besar tepung jagung (optional)

Kaedah Penyediaan

Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan.

Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.

Panaskan kukusan.kkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.

Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.

Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.

Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.

Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.

Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.