pucukubi
pucukubi

Pucuk Ubi Masak Lemak

avatarOleh Resepi Mudah      , ,

Oktober 28, 2014

Teringin nak merasa makanan kampung?? teringat masakan arwah nenek…bila cuti sekolah,abah selalu hantar kami 3 beradik ke rumah arwah nenek,pasti nenek akan hidangkan untuk kami masakan yang best2..salah satunya ialah pucuk ubi masak lemak ni..sgt2 merindui sebenarnya..Al Fatihah untuk arwah nenekku..

  • Prep: 5 mins
  • Cook: 15 mins

Bahan-Bahan

1/2 cawan santan pekat

1 sudu besar udang kering

Garam dan gula, secukupnya

Daun pucuk ubi, secukupnya

1 helai daun kunyit, saiz kecil dihiris halus

1 biji cili merah, dihiris

Air secukupnya

1 batang serai, diketuk

1 biji bawang besar - dikisar

5 biji cili padi @ ikut kepedasan - dikisar

1/2 inci kunyit hidup - dikisar

Cara-cara Menyediakan

1Panaskan minyak dalam periuk.

2Masukkan bahan yang dikisar dan tumiskan hingga naik wangi.

3Kemudian,masukkan air serta bahan yang lain kecuali daun kunyit dan cili merah. Kacau rata.

4Sesudah mendidih pekat (pucuk ubi agak lembut sedikit), matikan api dan taburkan hirisan daun kunyit serta cili merah.

5Masukkan bahan perasa dan kacau sebati.

6Siap untuk dihidang.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *