

Pau Kacang Goreng
By Resepi Mudah Kuih Muih Hidangan Pagi, Minum Petang, Pencuci Mulut Goreng
April 16, 2015
- Prep: 15 mins
- Cook: 5 mins
Directions
Cara Membuat Pau :
1Masukkan air,yis,minyak,gula,garam,tepung pau ke dalam bekas dan uli adunan hingga menjadi doh yang kental selama 5 minit.
2Bentukkan doh menjadi panjang dan bahagikan doh sehingga menjadi bulatan kecil.
3Balutkan doh tadi dengan plastik transparent dan biarkan selama 10 minit.
4Setelah itu,ambil doh dan leperkan doh serta isikan intinya dan selepas itu ditutup dan dibulatkan semula. Ulang langkah ini sehingga selesai
5Biarkan doh selama 1 jam
6Selepas itu, barulah digoreng dengan minyak sederhana panasnya.
7Goreng sehingga warna kecoklatan.
Cara Membuat Inti Pau :
1Rebus kacang merah hingga separuh kembang.
2Setelah itu masukkan kacang dan air ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
3Satukan bahan-bahan inti tadi dan masak hingga pekat.
4Setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga rata.
Facebook Comments
Default Comments