Print Options:

Paru Berlado

Hasil45 HidanganMasa Penyediaan15 minitMasa Memasak25 minitJumlah Masa40 minit

 1/2 kg paru lembu
 Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
 Sedikit serbuk kunyit
 Garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumisan
 5 biji cili besar/cili merah
 7-10 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
 6 biji bawang merah
 2 biji bawang besar
 4 ulas bawang putih
 1 inci belacan
1

Rebus paru lembu sehingga lembut.

2

Angkat dan toskan. Sejukkan.

3

Apabila dah sejuk, boleh dihiris nipis2 atau mengikut citarasa masing2.

4

Gaulkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit.

5

Panaskan minyak masak dalam kuali.

6

Gorengkan paru tadi hingga garing/ separa garing - terpulang pada citarasa masing2. Pastikan kuali ditutup dengan penutup sebab paru akan meletup2 semasa digoreng.

7

Angkat dan toskan minyak.

8

Dengan menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumiskan bahan tumisan hingga naik bau dan garing serta naik minyak.

9

Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa.

10

Akhir sekali, masukkan paru yang elag digoreng tadi dan gaulkan sebati.

Nutrition Facts

Hidangan 45