Paru Berlado

By Resepi Mudah      

Jun 2, 2017

  • Prep: 15 mins
  • Cook: 25 mins
  • Yields: 4-5 servings

Ingredients

1/2 kg paru lembu

Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Sedikit serbuk kunyit

Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumisan

5 biji cili besar/cili merah

7-10 biji cili padi - ikut kepedasan masing2

6 biji bawang merah

2 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 inci belacan

Directions

1Rebus paru lembu sehingga lembut.

2Angkat dan toskan. Sejukkan.

3Apabila dah sejuk, boleh dihiris nipis2 atau mengikut citarasa masing2.

4Gaulkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit.

5Panaskan minyak masak dalam kuali.

6Gorengkan paru tadi hingga garing/ separa garing - terpulang pada citarasa masing2. Pastikan kuali ditutup dengan penutup sebab paru akan meletup2 semasa digoreng.

7Angkat dan toskan minyak.

8Dengan menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumiskan bahan tumisan hingga naik bau dan garing serta naik minyak.

9Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa.

10Akhir sekali, masukkan paru yang elag digoreng tadi dan gaulkan sebati.

Sumber asal : Lynn Azlin‎ via MAHN
Telah diolah mengikut citarasa penulis. .

00:00

Facebook Comments

Default Comments

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *