Paprik-Ayam

Paprik Ayam

avatarOleh Resepi Mudah    , ,   ,

Oktober 29, 2014

Paprik Ayam 0 5 0
  • Prep: 5 mins
  • Cook: 15 mins
  • 5 mins

    15 mins

    20 mins

Paprik-Ayam

Cara-cara Menyediakan

1Ayam yang telah dipotong kecil,digaul dengan serbuk kunyit serta sedikit garam lalu digoreng hingga separuh masak…dan asingkan.

2Panaskan minyak,tumiskan bawang merah,bawang putih,bawang besar yang telah dimayang tadi hingga kekuningan.

3Setelah itu,masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato secukupnya.

4Masukkan sedikit air jika perlu.

5Kemudian,masukkan pula ayam goreng tadi dan sayur sayuran ( lobak,kubis bunga,kacang panjang,putik jagung),serta daun limau purut untuk menaikkan aroma baunya…

6Jika anda penggemar pedas,boleh masukkan cili api yang telah diketuk..

7Masukkan bahan perasa ( garam,gula ) secukupnya…

8Siap untuk dihidangkan..

Bahan-Bahan

2 ketul ayam ( bahagian dada ) - dipotong kecil

sedikit serbuk kunyit - untuk menggoreng ayam

3 ulas bawang putih dihiris

1 biji bawang besar dimayang

2 biji bawang merah dimayang

sedikit sos tiram

sedikit sos tomato

sedikit sos cili

bahan perasa ( gula dan garam )

sayur sayuran ( lobak,kubis bunga,kacang panjang,putik jagung ) dipotong mengikut citarasa tersendiri.

sedikit daun limau purut

2 biji cili api diketuk

sedikit air

minyak untuk menggoreng

00:00

0 Reviews

All fields are required to submit a review.

Facebook

Twitter