Log masuk

Register

Or Connect with:

crepedurian

Pancake Durian a.k.a Durian Crepe

Assalamualaikum,haiii semua…apa khabar anda ari nie? Sebenarnya x terpikir pun nak wat durian crepe ni…even telah di order berkali2 oleh suami terchenta…hehehe maybe kurang minat durian kot jd tahap kemalasan bertambah2 la…

Nak dijadikan citer…lauk pauk kat umah ni dah berkurang ler..hubby pun ajakla g pasar..tup tup..nampakla sorang hamba Allah ni tgh menjual durian…3 biji = RM10..pe lg hubby duk la dpn gerai tu cam budak2 merajuk nk dibelikan mainan…katenya nk mkn crepe durian…(sbb raya ari tu dah try kt umah kwn dia)….emmm mengalahla sbg isteri…finally beli la durian n terhasil la resepi ni…

Recipe Rating

  • (0 /5)
  • (0 Rating)

Cara-cara Menyediakan:

  • 1. Masukkan kesemua bahan kecuali santan dalam mangkuk saiz sederhana dan kacau sebati.
  • 2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau untuk mengelakkan berketul.
  • 3. Kemudian,kesemua bahan tersebut hendaklah dimasukkan dalam mesin pengisar dan dikisar sehingga sebati.Tapiskan dalam bekas.
  • 4. Panaskan non stick pan sehingga betul2 panas.
  • 5. Sapukan sedikit minyak pada non stick pan dan kemudian kecilkan api.
  • 6. Tuangkan satu senduk acuan tadi ke dalam kuali dan ratakan menggunakan belakang senduk tu..ala2 apam balik gitu.
  • 7. Masaklah hingga crepe masak dan tak perlu diterbalikkan…agak2 nampak dah kering tu leh la angkat.
  • 8. Ulang langkah ini sehingga acuan abes…^_^
  • 9. Biarkan ianya menyejuk dan ketepikan
  • 10. Untuk menyediakan filling :
  • 11. Masukkan whipping cream dalam mesin pengadun dan kisar hingga kental.
  • 12. Isi durian dilenyekkan hingga lumat.
  • 13. Untuk menyediakan crepe durian :
  • 14. Bentangkan crepe yang telah dimasak tadi.
  • 15. Letakkan 1 sudu besar krim ( lapisan pertama )1 sudu besar isi durian ( lapisan kedua ) dan lapiskan sekali lagi dengan krim…so 3 lapisan la yg korang da
  • 16. Pastu boleh la dilipat segiempat..lebih best disimpan dalam peti sejuk semalaman..tp en hubby dah x sabar sesangat….:) Siap daa……^_^
  • 17. p/s : nk wat crepe jagung pun leh..buh jela jagung…hehehe

Be Social

About Chef