Print Options:

Nasi Goreng Seafood

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan15 minitMasa Memasak20 minitJumlah Masa35 minit

 2-3 mangkuk nasi putih
 1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
 Sedikit sawi (dipotong)
 1 genggam isi kerang
 5-6 ekor udang (sederhana besar)
 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
 1 sudu cili giling
 1 sudu besar sos tiram
 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
 Sedikit minyak masak/minyak bijan
 Garam dan secukup rasa
 Daun sup dan timun (untuk hiasan)
1

Panaskan sedikit minyak.

2

Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.

3

Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.

4

Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.

5

Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.

6

Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.

7

Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.

8

Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.

9

Hiaskan dengan daun sup dan timun.