Nasi Daging Sempoi

By Resepi Mudah    

Mei 18, 2017

  • Prep: 20 mins
  • Cook: 45 mins
  • Yields: 4 servings

Ingredients

2 cawan beras basmathi @ beras taj mahal faiza

1/2 kg daging lembu

3 biji bawang putih

1 inci halia

5 - 6 sudu besar rempah kurma daging

4 sudu besar minyak sapi

air ( ikut sukatan beras yg digunakan)

bahan perasa

susu cair F&N

2 kuntum bunga lawang

1 inci kayu manis

3-4 kuntum bunga cengkih

sedikit garam

4-5 biji bawang merah

Directions

1Mula2 basuh beras dan toskan.

2Panaskan minyak sapi, masukkan bawang merah+ bawang putih+halia ( dihiris )+bunga lawang+kayu manis+bunga cengkih dan goreng sehingga garing.

3Bila bahan2 tumis tadi dah garing dan berwarna keemasan masukkan rempah kurma ( dibancuh dengan sedikit air ) dan biarkan rempah kurma tersebut garing dan naik bau.

4Bila dah naik bau ( jgn terlalu garing takut nanti pahit ) masukkan air (air nih mengikut sukatan jenis beras yang digunakan) dan boleh masukkan susu cair ( sukatan susu dan air cth: 2 cwn air yang diperlukan utk memasak beras taj mahal,msukkan 1/2 cwn susu cair dan 1 1/2 cwn lg air )

5Bila dah masukkan semua dalam periuk bolehlah dimasak seperti nasi biasa sehingga kering.

6Boleh dimakan bersama sambal tumis udang@sotong+kerabu tomato.

credit Pic : isaurakitchen blogspot

00:00

Facebook Comments

Default Comments

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *