nasiayam2
nasiayam2

Nasi Ayam

avatarOleh Resepi Mudah  ,   , ,   , ,

Oktober 30, 2014

0.0 0
  • Prep: 15 mins
  • Cook: 30 mins
  • 15 mins

    30 mins

    45 mins

Bahan-Bahan

UNTUK REBUS :

1 ekor ayam dibelah 4 bahagian

2 ulas bawang putih

2cm halia yg diketuk

UNTUK DIPERAP:

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu besar sos tiram

1cm halia

2 ulas bawang putih

sedikit kicap cair

UNTUK NASI :

5 cawan beras

3 sudu besar mentega

1cm halia- ditumbuk

4 ulas bawang putih -ditumbuk

air rebusan ayam tadi

sedikit garam.

UNTUK SOS :

5biji cili merah

5 ulas bawang putih

2cm halia

1 sudu teh cuka, garam, gula

1/2 cawan air

UNTUK SUP:

lebihan air rebusan ayam

1 biji bawang besar kisar

rempah sup

garam

daun sup yg dihiris

UNTUK HIASAN :

2 batang timun saiz sederhana

4 biji tomato

daun salad

Cara-cara Menyediakan

UNTUK AYAM :

Ayam dibelah kepada 4 bahagian,bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk..

Toskan ayam dan perap dengan bahan untuk diperap selama 15-20min.

Goreng hingga garing.Ketepikan..

UNTUK NASI :

Basuh beras dengan bersih.

Masukkan mentega dalam periuk….

Tumis halia dan bawang putih hingga garing..

Kemudian,masukkan beras serta air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

UNTUK SOS :

Kisarkan semua bahan untuk sos..boleh juga dimasak sebentar..

UNTUK SUP

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup , garam dan daun sup tadi..

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.

Facebook

Twitter