Nasi Ayam Hainan

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah Masakan, KesukaranSederhana
Hasil1 Hidangan
BAHAN UNTUK NASI :
 3 cawan beras
 1/2 ulas halia dihiris
 3 ulas bawang putih dihiris
 rempah ratus - bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga.
 Daun Pandan dan sedikit garam
BAHAN UNTUK SOS CILI :
 5 biji Cili Merah dikisar
 2 inci Halia dikisar
 5 ulas Bawang Putih dikisar
 Sedikit air perahan limau
 Gula,garam dan cuka
BAHAN UNTUK SUP :
 Beberapa bahagian ayam
 1 1/2 liter air
 2 kiub pati ayam @ secukupnya
 garam secukup rasa
 1 biji bawang besar dimayang
BAHAN UNTUK HIASAN :
 daun sup serta daun bawang
 tomato
 timun batang
 daun salad segar
 kicap cair
 minyak bijan
BAHAN UTK AYAM :
 1 ekor ayam - direbus dan ditoskan - jgn buang airnya krn utk dibuat sup...
 3 - 4 sudu besar sos tiram
 2 sudu besar sos ikan
 3 sudu besar kicap pekat
 garam secukupnya
Untuk menyediakan nasi :
1

Basuh beras dengan bersih serta toskan.

2

Tumiskan rempah ratus beserta bawang putih dan halia serta daun pandan sehingga naik bau dalam kuali yang berasingan.

3

Masukkan beras,bahan tumisan dalam periuk bersama air rebusan ayam ( jangan guna semua,simpan juga untuk dijadikan sup) serta garam secukupnya.

4

Masak nasi seperti biasa.

Untuk menyediakan ayam :
5

Ayam yang telah direbus tadi dipotong beberapa bahagian dan digoreng…( simpan sedikit bahagian untuk dimasukkan dalam sup )

6

Campurkan kesemua bahan untuk ayam dan masukkan dalam mangkuk besar beserta ayam yang telah direbus tadi.

7

Gaulkan hingga sebati dan perapkan selama sekurang2nya 1/2 jam..

8

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam.

9

Pastikan anda tidak menggoreng terlalu lama kerana sebenarnya ayam telah masak semasa proses rebusan tadi..nanti hangit pulak ayam anda!! 🙂

Untuk menyediakan sos cili :
10

Kisar cili merah,halia dan bawang putih.

11

Keluarkan bahan kisar tadi kedalam mangkuk dan campurkan bersama sos ikan,cuka,garam,air perahan limau dan sedikit gula.

Untuk menyediakan sup :
12

Didihkan semula baki air rebusan ayam dan dicampurkan dengan air dan masukkan beberapa baki bahagian ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *